duhai hati,kuatlah...

Sekeping hati


“jika kita melihat orang yang sedang marah,jangan lah kita menyalahkannya kerana sifat pemarahnya tapi fikirkanlah apakah penyebab kemarannya sebaiknya jika kita melihat kepada orang yang sedang gembira cubalah kita fikirkan adakah dia sedang memujuk dirinya supaya tidak berduka dengan bergelak ketawa”

Seringkali kita menghukum bahawa seorang yang pemarah itu ialah mereka yang tidak berjaya untuk mengawal emosi mereka.Tetapi,adakah kita lupa bahawa kita juga termasuk dalam punca kegagalan mereka..sepertimana kita semua tahu,orang yang berjaya ialah mereka yang berjaya dan sekaligus mampu membawa orang sekeliling mereka untuk berjaya bersama mereka.jika demikian,adakah kita masih mampu untuk menyalahkan orang yang sedang marah???adakah kita masih mampu mengatakan bahawa mereka ialah seorang yang gagal kerana tidak mampu untuk meletakkan emosi mereka ditempat yang sepatutnya dan menjadi seorang matang??

Sebaliknya,jika kita melihat kepada orang yang sedang bergembira adakah kita tahu bahawa mereka betul-betul sedang bergembira ataukah sebaliknya???

Sememangnya benarlah..kita tidak mampu untuk memahami dan mengawal hati kita,apatah lagi untuk memahami orang lain..oleh kerana hati merupakan sesuatu yang istimewa,maka ia dianugerahkan kepada makhluk yang juga istimewa iaitu kita sebagai manusia.manusia merupakan sebaik-baik penciptaan yang dijadikan oleh Allah maka seharusnya kita bersyukur dengan penganugerahan yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah..tidakakah kita akan seharusnya malu jika kita gagal untuk mempergunakan hati dengan sebaiknya??

Seringkali kita lupa bahawa hati kita bukan hanya milik kita..maka,tidak sepatutnya kita melukakan hati kita apatah lagi orang lain..kita inginkan kgembiraan,tapi tanpa disedari kita menyakiti orang lain..kita inginkan kebahagiaan,tapi tanpa disedari kita telah meletakkan orang lain dalam kedukaan..kita inginkan ketenangan tapi dalam masa yang sama kita campakkan orang lain dalam keserabutan..maka,masih layakkah kita untuk mendapat segala yang kita inginkan sedangkan kita telah menganiaya orang lain pada masa yang sama???masihkah kita masih mampu berbangga jika kesenangan tang kita kecapi namun ianya adalah hasil dari kesakitan kepada orang lain???

Pernahkah kita menanyakan orang sekeliling kita sejumlah manakah kita pernah menggembirakan mereka??ataukah kita hanya merasakan diri kitalah yang terbaik & kitalah seorang pendengar yang baik tanpa menyedari bahawa kita sebenarnya telah berkali menyakiti orang disekeliling kita..kita telah beberapa kali membuatkan mereka menangis kerana kita..

Sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hambanya sangat luas serta tidak mengenal erti sempadan tapi,masih mampu kita sebagai sesama hamba menyakiti hambaNya yang lain..tidakkah kita sepatutnya malu???pernahkah kita merasa bahawa betapa hinanya kita dengan sikap ita yang demikian??

Kita menghukum manusia tanpa berfikir bahawa layakkah kita untuk menghukum mereka??layakkah kita untuk menilai seorang manusia??sedangkan tanpa kita sedar,kita sebenarnya sedang dinilai oleh sang hakim yang maha adil lagi maha bijaksana..pernahkah kita tahu apakah penilaian Allah terhadap kita??jika seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara atau gantung,adakah dia masih mempunyai peluang untuk dipilih sebagai hakim??jika kita mengatakan bahawa binatang merupakan suatu yang bodoh,adakah kita seorang yang sangat cerdik dengan setiap kesalahan yang telah atau pernah kita lakukan???
soalan bukanlah untuk membuatkan kita bingung tapi,dengan pelbagai soalanlah manusia akan mampu untuk menilai dan membaiki kesilapan yang telah dilakukan.setiap persoalan bukanlah untuk membebankan,tapi dengannyalah manusia akan mampu untuk menjadi matang..

seorang pelajar tidak akan mengetahui sejauh manakah tahap kefahamannya terhadap apa yang telah dipelajarinya..tapi ujian membuatkan mereka mampu untuk memahami pembelajaran dengan lebih mendalam..setiap dari kita akan dipersoalkan terhadap setiap perbuatan yang telah kita lakukan di akhirat kelak.jika kita mesih mampu tersenyum di atas penderitaan orang lain, adakah kita rasa kita akan mampu untuk mnjawab soalan yang bakal disoal kelak??

Sesungguhnya,kita hanya mampu untuk berusaha ke arah perkara yang baik, selebihnya kita hanya mampu serahkan kepada Allah yang maha berkuasa terhadap hambaNya..moga kita tidak termasuk dalam golongan yang menzalimi sesame makhluk..moga kita menjadi orang pertama yang dapat meredakan kemarahan orang yang sedang marah dan berkongsi cerita dengan orang yang sedang bergembira..moga setiap amalan baik kita bernilai disisiNYA..amin ya rabb..

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi orang yang tidak menzalimi sahabat seagama kita…