.:::Siapakah aku:::.
Selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah bersama kawan-kawan di surau ummi khalthum,aku ditaklifkan untuk member tazkirah..ya Allah,berbekalkan sedikit ilmu layakkah aku untuk menasihati mereka??
Firman Allah azza wajalla,الارض" فيخلائف جعلكم الذي وهو”- mafhumnya: manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi bumi..lantas,saya terus teringat pada syarahan DR.Hamad pada kuliahnya,yang mana kata beliau,yang dimaksudkan dengan khalifah ialah manusia ditugaskan untuk mengimarahkan bumi..bagaimanakah cara kita mengimarah atau dengan kata lainnya menghidupkan bumi???
Dr meneruskan syarahannya lagi..mengimarahkan bumi ialah dengan kita menjadikan bumi berguna kepada kita dan orang lain..sepeeertimana yang kita tahu bahawa bumi ialah tempat untuk kita mengumpul sebanyak mungkin amalan sebagai bekal untuk menuju dunia yang kekal abadi iaitu di akhirat kelak..saya terpaku sendirian..adakan saya telah menjalankan tugas saya sebagai manusia di muka bumi??Dr. mendatangkan contoh lagi..Imam Syafie rahimahullah,bagaimana beliau menghidupkan bumi..walaupun hinga sekarang kita merasakan seolah-olah beliau masih lagi bersama kita..setiap hadith rasul sallallahu ‘alaihi wasaallam yang kita pertuturkan atau yang kita pelajari,pastinya terkeluar tentangnya..subhanallah..betapa besarnya jasa beliau terhadap manusia..betapa berharganya kenangan yang beliau tinggalkan untuk kita..walaupun beliau sudah puluhan tahun meninggalkan kita,tapi seakan-akan beliau masih bersma kita..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,amin..
lantas,saya cuba untuk memberanikan diri menerima taklifat untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas selesai saja solat maghrib itu..saya memilih satu cerita yang sememangnya terkenal dikalangan semua lapisan masyarakat..sebuah cerita yang boleh member teladan mengenai seorang lelaki bersama anaknya,menggunakan keldai sebagai binatang tunggangan untuk ke pasar..di sepanjang perjalanan,pelbagai ragam manusia ditemui..semua mereka tidak berpuas hati dengan keadaannya bersama anknya..di permulaan perjalanan,mereka dikutuk kerana dikatakan zalim kerana menganiaya keldai.kemudian,si anak dituduh kejam kerana membiarkan bapa berjalan seorang diri.seterusnya,si bapa bula dikatakan zalim kerana membiarkan anak sendirian berjalan sedangkan si bapa seenaknya menunggang keldai.pada pengakhirannya,kedua-dua mereka dikatakan bodoh kerana tidak menunggang keldai tersebut yang sepatutnya dapat membantu memudahkan perjalanan mereka..
begitulah ragam manusia yang pelbagai yang sememangnya wujud di muka bumi Allah ini..dan tidak semua di antara mereka yang bersetuju dengan perbuatan dan tingkah laku kita..oleh kerana itu,kitalah yang seharusnya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang pelbagai seperti kata pepatah, “dicampak ke laut menjadi ikan” yang mana diibaratkan bahawa ia adalah seorang manusia yang boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan..mampukah kita untuk menjadi sedemikian???mengingatkan pepatah tersebut mengingatkan saya pada suatu slot motivasi pagi yang mengatakan bahawa orang yang hebat ialah orang yang boleh mengawal emosi mengikut keadaan..boleh meredakan kepanasan dikala dalam keadaan marah,mampu tersenyum dikala sedih dan pelbagai jenis emosi lagi..semoga kita dipilih termasuk dalam kalangan yang hebat di antara makhluk Allah subhanahu wataa’la…
saya akhiri tazkirah tersebut dengan sepotong firman Allah dari surah ali-imran:29 yang bermaksud,,
“Allah s.w.t mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan sekalipun kamu menzahirkannya,DIA tetap mengetahui”..sepotong ayat yang begitu memberi kesan kepada jiwa..adakah kita berjaya mengawal hati serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada NYA..sahabat-sahabat sekalian,ingatlah kita hanya mampu berusaha,selebihnya adalah milik Allah s.w.t..oleh itu,sebolehnya kita mestilah berusaha untuk mengawal setiap tingkah laku dan yang paling utama ialah hati kita kerana melalui mafhum dari hadis nabi: “dalam badan manusia terdapat seketul daging,yang mana jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh jasad iaitulah hati”..sesungguhnya hati itu ialah suatu anugerah dari Allah s.w.t..adakah kita sanggup membiarkan hadiah yang diberikan kepada kita terbiar tanpa jagaan yang baik???sama-sama kita renungkan…
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah jagaan dan berkat dariNYA,amin ya rabb..
“ya Allah,tetapkan aku di atas jalanMu..peliharalah hatiku dari segala dosa dan noda..jadikanlah aku dikalangan hambaMU yang sentiasa mengabdikan diri dan menyerahkan seluruh kepatuhan hanya padaMU ya RABB”
Suatu mutiara kata sebagai pengakhiran
“jangan jadikan diri kita seperti tisu-tisu yang hanya digunakan untuk menyapu kekotoran,sebaliknya jadilah seperti kain yang boleh menyapu kotoran tetapi masih boleh digunakan setelah dicuci kotorannya”