.::HATI...sesuatu yang sukar untuk difahami::.

ya Allah..aku dahagakan bantuanMU..sesungguhnya aku hanyalah insan biasa..begitu sukar untuk memahami hati manusia..sedangkan hati sendiri belum pasti untuk ku memahami apatah lagi hati manusia..sesungguhnya kau mengujiku dengan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah hikmahnya..aku mohon supaya aku diberi kekuatan..sesungguhnya hatiku adalah milikMU ya Allah..aku tidak mampu menahan kesakitan ini andai ia bukan lah suatu hadiah dariMU..kekuatanku adalah disebalik pertolongan yang engkau berikan...aku menginginkan kebahagiaan.tetapi kadangkala aku merasakan bahawa kebahagiaan begitu jauh dariku..aku dahagakan kasih sayang,tapi adakah ia akan menjadi milikku..aku serahkan segalanya kepadaMU ya Allah..ak hanya insan yang lemah yang hanya mampu untuk mengadu kepadaMU..

ya Allah..begitu kesakitan yang aku tanggung kadang kala membuatkan aku lemah..tapi bila memikirkan rahmat yang telah engkau kurniakan,aku rebah..tersungkur disebalik kelemahan diri sendiri..aku yakin aku tidak sendirian menempuh segala ini..aku yakin engkau berada di sebalik apa yang engkau tetapkan ini..

ya Allah...sesungguhnya,aku sangat lemah..sekecil perkara yang tidak sepatutnya ditangisi membuatkan aku menangis tanpa memikirkan bahawa hati ini adalah milikMU..aku lupa bahawa engkaulah pemilim sebenar hati ini..aku cuai dalam memimpin hati ini kepadaMU..aku rebah tersungkur dalam keseronokan diri melapah nafsu yang semakin memakan diri..

Ya Allah..betapa kasihMU tidak pernah hilang..ENGKAU menjagaku disaat aku hanyut dengan duniaku..kau memberi aku peluang disaat aku kesedihan..aku hanya punya ENGKAU ya ALLAH..aku serahkan segalanya kepada engkau..sesungguhnya hati manusia sememangnya sukar untuk difahami..dan sesungguhnya hanya ENGKAU lah yang maha memahami..aku serahkan segalanya kepadaMU..andai inilah ketetapan yang ENGKAU tetapkan kepada ku,aku terima..kerana disebalik apa yang telah engkau tetapkan terselit seribu hikmah yang aku langsung tidak tahu..

kasih sayang,cinta,kesedihan,rindu,kegembiraan dan segala perasaan yang ENGKAU kurniakan adalah satu hadiah yang sentiasa dilupakan dan dilalalaikan oleh manusia..aku mohon supaya aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ENGKAU kurniakan..aku tidak mampu untuk menjadi gembira,tetapi aku akan gembira andainya kasih sayangMU menjadi milikku..jauhkanlah aku dari segala perasaan yang tidak sepatutnya..sesungguhnya hatiku adalah milikMU ya ALLAH..aku mohon,aku sentiasa berada dibawah pimpinanMU untuk memandu hati ini ke jalan yang benar..

aku mengharapkan cinta dan kasih sayang manusia..tapi aku sentiasa gagal..aku mengharapkan penghormatan daripada manusia tapi,aku sering kecundang..aku dahagakan seorang sahabat yang sejati & boleh memahami dan membahagiakanku namun,aku gagal memiliki..aku sentiasa jatuh dalam pengharapanku terhadap manusia..aku jatuh tersungkur disebalik kegagalanku dalam meminta dan menagih dari manusia..aku hanyut,,aku gagal ya ALLAH..aku hanya inginkan ENGKAU membantuku supaya terus kekal dalam jagaanMU..aku pohon ENGKAU letakkan aku dalam golongan yang tidak kecewa disebalik apa yang telah engkau tetapkan...


YA ALLAH..SESUNGGUHNYA SETIAP PERANCANGANMU ADALAH YANG TERBAIK..AKU MUNGKIN GAGAL UNTUK MEMAHAMI.TAPI AKU AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMAHAMI YA ALLAH..AKU POHON AKU DIBERI KASIH SAYANGMU..BETAPA AKU TERSEKSA DISEBALIK APA YANG BERLAKU..TAPI KETETAPANMU ADALAH YANG TERBAIK YA ALLAH..AKU MOHON AKU DIBERI KEKUATAN DISEBALIK SETIAP KETETAPAN..





tompok yang merebak



*Artikel asal oleh :Ustaz Zainudin Hashim

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
 (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
 (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
 (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.



"ya Allah..betapa besarnya anugerahMu..adakah aku mampu untuk menjaga sebaiknya 
kurniaanMU..peliharalah diri ini & bantu lah aku dalam menjaga hati ini..ya Allah,aku
ingin tergolong di kalangan orang yang KAU kurniakan hati yang bersih & mulia..
mimpinlah aku dengan kasih sayangMU..berilah aku peluang mendapat syurgaMu..
berikanlah aku peluang untuk aku bernafas di dunia dengan keredhaanMu
& keberkatan pada setiap urusanku..pandulah aku kepada maghfirahMU"....



 

syukran ya Allah...

tanganku seram sejuk..kelihatan ramai yang gembira dengan keputusan masing-masing..ya Allah,semoga aku juga memperoleh najah sedemikian...

keputusan imtihan nihaie baru saja diumumkan..masing-masing sibuk untuk melihat keputusan masing-masing..ya Allah,sesungguhnya aku begitu takut..apakah yang telah engkau takdirkan untukku..ya Allah,berpeluangkah aku untuk mendapat petolongan dariMu..

Aku menggagahkan diri..apa saja yang ditetapkan,aku perlu redha..terima setiap ketentuan bermaksud aku beriman dengan salah 1 daripada rukun iman yang 6..aku membuka laman web university..tangan semakin menggeletar..ya Allah,aku inginkan natijah yang baik..aku amat harapkan bantuanMu..hanya Engkau yang selayaknya yang boleh membantuku..aku menekan butang "maklumat pelajar"..mataku seakan gelap..apakah yang ditetapkan untukku..ya Allah...

Aku seakan tidak percaya..ya Allah..Engkau maha berkuasa..& selayaknya segala puji hanyalah untukMu..aku terus melangkah ke bilik,sujud ku panjatkan kepada yang maha membantu lagi maha berkuasa..syukran ya Allah..ko telah anugerahkan yang terbaik untukku..lantas ku mencapai telefon mendail no orang yang paling bermakna buatku..ummi merupakan salah 1 semangatku..dengan sokongan & semangat darinya aku sampai ke bumi barakah ini..bumi yang pernah dilalui oleh nabi..ya Allah,aku bersyukur di atas segala yang engkau telah tetapkan..moga ini merupakan yang terbaik untukku..

Ummi begitu gembira..syukur dipanjatkan kepada Allah..ya Allah..inilah kebesaranMu..tiada makhluk yang sebanding denganMu..aku bersyukur ya Allah..semoga kejayaan ini berkekalan untukku..segala puji & doa ku panjatkan hanya padaMu ya Allah..berikanlah yang terbaik untuku..semoga kejayaan ini dapat membantuku dalam menyebarkan agamaMu..& sesungguhnya kecemerlangan ini yang paling utamanya adalah demiMU ya Allah...berikanlah aku kasih sayangMu..amin...


semoga aku sentiasa bersyukur di atas nikmat kurniaanMu ya Allah...

"jagalah hati
jangan kau kotori"
 
lirik nasyeed yang sentiasa memberi semangat...seringkali kita mendengar tentang pelbagai penyakit hati..sesengguhnya hati merupakan suatu yang rahsia..sukar untuk memahami & begitu juga sukar untuk difahami.

hati merupakan salah satu wasilah untuk mendapatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t..manusia bisa memberi nasihat,tapi adakah manusia boleh mengamalkan nasihat..betapa ramai yang tenggelam disebalik kata-kata sendiri & semuanya berpunca dari kekuatan & kelemahan hati..betapa ramai manusia yang pandai menuturkan kata-kata nasihat & pengajaran agama tapi jauh dari ILAHI..

"Ya Allah,kurniakanlah aku sekeping hati yang sentiasa cintakanMu..sentiasa taat padaMu walaupun disebalik pengetahuan manusia..kurniakanlah hati yang jauh dari sifat hasad,dengki,ammarah,pemalu ke jalan yang benar,penakut pd kebenaran & segala sifat perasangka"