.

Hukumlah dengan keluasan Islam bukan sentimen

ADA orang bertanya, apakah bezanya antara politik orang dakwah dan dakwah orang politik? Saya kata barangkali itu hanya mainan bahasa. Saya kurang suka dengan mainan bahasa, yang penting adalah maksud dan tujuan sesuatu ungkapan. Ungkapan itu mungkin dimaksudkan politik orang dakwah menggunakan kaedah dan strategi yang diizinkan syarak. Adapun dakwah orang politik kadangkala dia menjadikan ajakannya kepada Islam mempunyai tujuan politik.
Saya bukan menafikan kemungkinan orang politik juga jujur dalam dakwahnya. Namun jika kedudukan politik menjadi fokus dalam dakwah, dia bukanlah pendakwah sebenar yang membawa obor Islam yang syumul dan lengkap. Perkara ini saya tujukan untuk semua tanpa berpihak.
Kita disuruh memasuki Islam dari pintu yang syumul. Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah: 208: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Apabila kita memasuki Islam secara keseluruhan, kita akan dapati dalamnya ada akidah, ibadah, ekonomi, politik, akhlak dan sebagainya. Maka kita akan berusaha supaya setiap tuntutan Islam itu ditunaikan. Juga menilai setiap perkara dengan keluasan Islam itu. Jika kita cuba melihat Islam hanya dari pintu ekonomi umpamanya, tanpa melihat soal akidah, ibadah, akhlak, politik dan sebagainya, maka perbincangan ekonomi kita akan kontang dari sudut akidah, ibadah dan akhlak.
Sehingga jangan nanti panel-panel syariah bank hanya cekap ‘meluluskan’ produk-produk bank atas nama Islam, namun tidak memikir soal roh keadilan dan kebebasan dari unsur penindasan ekonomi ke atas pengguna yang merupakan cabang dari akhlak Islam. Maka ramai mulai terasa sesetengah produk perbankan Islam lebih membebankan berbanding konvensional.
Demikian juga janganlah dalam keghairahan berpolitik, kita melihat segalanya dengan nilaian politik. Kita melupai soal- soal akidah dan akhlak Muslim, persaudaraan Islam dan sebagainya yang menjadi tuntutan agama. Sama kesnya apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya: “Dr! Adakah saya masuk neraka kerana tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah- ibadah yang lain?”
Saya beritahu: “Saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka. Ini kekuasaan mutlak Tuhan yang menciptakan neraka. Di akhirat, neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan Allah. Demikian juga syurga.”
Namun Allah memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firman- Nya (bermaksud), Adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), maka tempat kembalinya ialah ‘Haawiyah’, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia ‘Haawiyah’ itu? (Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar. (al-Qariah: 6-11).
Adapun saya yang daif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat. Saya sendiri tidak tahu nasib saya, bagaimana saya boleh tahu nasib orang lain? Namun jika saudari bertanya, adakah perbuatan saudari salah atau betul, jawapannya, ia satu kesalahan.
Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka? Maka jawapan dalil-dalil al-Quran dan al-sunah menunjukkan ke neraka. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab.

Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia.
Dalam hidup ini, ada ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindah kepada kita atau dosa kita diberikan kepadanya seperti dalam hadis al-Imam Muslim. Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak Allah. Dosa menyumbang ke arah neraka, pahala ke arah syurga.
Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibu bapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. Allah yang maha adil akan menimbangnya dan menentukannya. Demikianlah semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat. Wanita itu diam, barangkali dia berpuas hati.
Mesej saya adalah hendaklah melihat setiap insan menerusi kerangka Islam yang menyeluruh, bukan sekadar sentimen ekonomi atau politik.
Janganlah kebencian kepada seseorang atau puak, menyebabkan kita tidak adil kepadanya. Firman Allah dalam surah al- Maidah: 8 (maksudnya): Wahai orang- orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Saya agak dukacita apabila mengenangkan ada ‘ustaz-ustaz’ daripada pihak tertentu yang belum dapat menerima beberapa perkara yang saya sebut lantas mereka menjawabnya secara ‘maki hamun’. Ada yang menjual kaset-kaset mereka ini.
Faktor yang menyebabkan hal ini adalah kerana menghukum berdasar sentimen. Sepatutnya, persoalan ilmiah dijawab secara ilmiah. Jangan terbawa-bawa dengan sentimen, lantas menjadikan maki hamun pendekatan dalam persoalan ilmiah syarak. Jangan tafsir, hukum semua perkara dengan nada politik atau ‘kaca mata’ politik.
Penilaian sesuatu kebenaran adalah dalil dan hujah bukan sekadar pandangan mereka yang ‘sekapal’ dengan kita. Jangan kerana seseorang itu, tidak ‘satu kem’ , maka semua pandangannya ditolak. Saya bukan orang politik. Nilailah pandangan-pandangan tersebut dengan nilaian ilmiah.
Persoalan dakwah dan ilmiah sebenarnya lebih jauh dari persoalan pilihan raya dan merebut kerusi. Kerja politik pilihan raya ada musimnya. Namun dakwah kepada Islam dalam bentuknya yang menyeluruh tidak terhenti dengan berakhirnya pilihan raya. Kadangkala mendengar sesetengah ceramah yang dikatakan agama yang dibaluti dengan makian dan sumpah seranah maka saya tertanya-tanya, adakah tindakan seperti ini bertujuan inginkan pahala, atau sekadar melepas amarah.
Adakah ini wajah dan suasana masyarakat Islam yang kita impikan? Inikah Islam yang lengkap, merangkumi segala keluhuran dan keharmonian? Namun saya tahu, bukanlah semua penceramah begitu. Ramai juga yang lunak dan bersopan.
Barangkali baik juga untuk semua mendapat manfaat dari nasihat tokoh dakwah yang masyhur, Al-Syeikh Abu al-Hasan Ali Al-Nadwi yang pernah ditujukan kepada Al-Ikhwan Al-Muslimin. Nasihat ini dirakamkan dalam risalahnya: Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan Al-Muslimin).
Al-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga memetik ungkapan-ungkapan indah risalah tersebut dalam bukunya, ‘Al-Syeikh Abu Al-Hasan Al-Nadwi kama ‘araftu’.
Saya terjemahkan antara kata-kata itu: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu atau menghadapi buta huruf dan kejahilan atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti diperjuangkan para pejuang perubahan di Barat dan Timur.
Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, roh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya… Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikirkan kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintah-Nya dan menunaikan risalah-Nya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperoleh kerajaan. Bahkan itu semua tidak terlintas dalam fikiran.
Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan. Ini seperti firman Allah (maksudnya), Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (al-Hajj: 41).
Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperoleh itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semula jadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semula jadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya….
Katanya juga: “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehnya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jemaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan bekerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan. Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah.
Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara Muslim, mengeluarkan manusia - dengan izin Allah - dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada hari akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kasih kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.
Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa - setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah - tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang Mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (Al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu Al-Hasan Al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).
Hasan Al-Hudaibi pernah menyebut, “Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu.”
Perjuangan mewujudkan masyarakat Islam yang lengkap atau sempurna dari segi penghayatan dan pelaksanaan Islam adalah cita-cita mulia. Tiada siapa pun berhak mempertikaikannya. Cuma yang kita bincangkan, pendekatan dalam mencapai matlamat itu. Matlamat Islam mesti melalui denai-denai dan tatasusila Islam.
Matlamat tidak menghalalkan cara. Hasrat Islam hendaklah diterjemahkan dalam wajah Islam. Jangan hasrat Islam diwatakkan kepada manusia dengan wajah yang tidak Islamik. Maka cita-cita Islam itu nanti akan dipertikaikan.

SESUNGGUHNYA TIADA YANG PALING BENAR MELAINKAN JANJI ALLAH

Teruslah berbuat baik,berkata baik,Memberi nasihat yg baik,walaupun tak ramai org mengenalmu.Jadilah seperti jantung yg tak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat,hingga membuat kita terus hidup.Firman Allah ; "Orang-orang yang berbuat baik didunia ini memperolehi 'hasanah' (kebaikan) Dan bumi Allah itu adalah luas"-[Az-Zumar: 10]-Sahabatku lakukan kebaikan,perbanyakkan membuat kebaikan hanya kerna الله♥ALLAHURABBI

Wednesday, 16 November 2011


KETIKA AKHWAT JATUH CINTA

Akhwat Jatuh Cinta??
Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia......Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta???

Mereka juga punya hati dan rasa...

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...
Namun sebaliknya...

Ketika Akhwat Jatuh Cinta...


Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...

Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu… 
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai… 
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah... 
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan,tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…
           ... tahukah kau wahai Adam, apa yg ada di sebalik sekepiing hati muslimah itu?
ketahuilah, dia sedang berjuang memelihara hati engkau 
supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu,
         betapa dia sangat takut             
andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dlm menunaikan haq Allah..
         betapa dia sangat takut          
andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dlm hatimu...
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...
Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…Karena yang ada adalah penderitaan…
         Tapi ukhti…Bersabarlah…Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…


kami memang tak mampu menahan kala kami jatuh hati
tapi kami tak akan mengobral pesona hanya karna cinta menuntut nafsu pd kramahan syaitan pd kami
Bukan jatuh cinta bila ajak kami pd kmaksiatan
Bila kau mmang jatuh cinta pd kami
jgn bebankan deritamu pd hati yg akan menuntutmu utk brbuat nista
Ijinkan kami mnjaga hatimu
agar kita bisa mnjelang brsma2 JannahNya
Maka datanglah waliku
kutunggu Pinanganmu dgn Al-Qur'an
Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…


buat ukhti fillah, doa manis ini pedoman kalian:
  Ya Allah… kurniakanlah kami pasangan yang soleh yang menjaga dirinya 

yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya 

yang sentiasa memperbaiki dirinya…

yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah…

yang baik akhlaknya…yang menerima kami apa adanya…

yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb…

kabulkan ya Allah…kerana hati kami teramat lemah…

oh Allah,kami mohon ampun atas dosa selama ini dosa-dosa kami..

andai tak menjalankan perintah Mu 

andai tak pedulikan Nama Mu 

andai tenggelam melupakan diriMu 

oh Allah,sempatkanlah kami untuk bertaubat untuk hidup di jalan Mu 

untuk penuhi kewajipan ku sebelum tutup usia ini..

sebelum kami kembali kepadaMu..Allahumma Aamiin

♥♥♥salam cinta penuh kasih♥♥♥

*copy paste* 

duhai hati,kuatlah...

Sekeping hati


“jika kita melihat orang yang sedang marah,jangan lah kita menyalahkannya kerana sifat pemarahnya tapi fikirkanlah apakah penyebab kemarannya sebaiknya jika kita melihat kepada orang yang sedang gembira cubalah kita fikirkan adakah dia sedang memujuk dirinya supaya tidak berduka dengan bergelak ketawa”

Seringkali kita menghukum bahawa seorang yang pemarah itu ialah mereka yang tidak berjaya untuk mengawal emosi mereka.Tetapi,adakah kita lupa bahawa kita juga termasuk dalam punca kegagalan mereka..sepertimana kita semua tahu,orang yang berjaya ialah mereka yang berjaya dan sekaligus mampu membawa orang sekeliling mereka untuk berjaya bersama mereka.jika demikian,adakah kita masih mampu untuk menyalahkan orang yang sedang marah???adakah kita masih mampu mengatakan bahawa mereka ialah seorang yang gagal kerana tidak mampu untuk meletakkan emosi mereka ditempat yang sepatutnya dan menjadi seorang matang??

Sebaliknya,jika kita melihat kepada orang yang sedang bergembira adakah kita tahu bahawa mereka betul-betul sedang bergembira ataukah sebaliknya???

Sememangnya benarlah..kita tidak mampu untuk memahami dan mengawal hati kita,apatah lagi untuk memahami orang lain..oleh kerana hati merupakan sesuatu yang istimewa,maka ia dianugerahkan kepada makhluk yang juga istimewa iaitu kita sebagai manusia.manusia merupakan sebaik-baik penciptaan yang dijadikan oleh Allah maka seharusnya kita bersyukur dengan penganugerahan yang tidak terhingga yang diberikan oleh Allah..tidakakah kita akan seharusnya malu jika kita gagal untuk mempergunakan hati dengan sebaiknya??

Seringkali kita lupa bahawa hati kita bukan hanya milik kita..maka,tidak sepatutnya kita melukakan hati kita apatah lagi orang lain..kita inginkan kgembiraan,tapi tanpa disedari kita menyakiti orang lain..kita inginkan kebahagiaan,tapi tanpa disedari kita telah meletakkan orang lain dalam kedukaan..kita inginkan ketenangan tapi dalam masa yang sama kita campakkan orang lain dalam keserabutan..maka,masih layakkah kita untuk mendapat segala yang kita inginkan sedangkan kita telah menganiaya orang lain pada masa yang sama???masihkah kita masih mampu berbangga jika kesenangan tang kita kecapi namun ianya adalah hasil dari kesakitan kepada orang lain???

Pernahkah kita menanyakan orang sekeliling kita sejumlah manakah kita pernah menggembirakan mereka??ataukah kita hanya merasakan diri kitalah yang terbaik & kitalah seorang pendengar yang baik tanpa menyedari bahawa kita sebenarnya telah berkali menyakiti orang disekeliling kita..kita telah beberapa kali membuatkan mereka menangis kerana kita..

Sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hambanya sangat luas serta tidak mengenal erti sempadan tapi,masih mampu kita sebagai sesama hamba menyakiti hambaNya yang lain..tidakkah kita sepatutnya malu???pernahkah kita merasa bahawa betapa hinanya kita dengan sikap ita yang demikian??

Kita menghukum manusia tanpa berfikir bahawa layakkah kita untuk menghukum mereka??layakkah kita untuk menilai seorang manusia??sedangkan tanpa kita sedar,kita sebenarnya sedang dinilai oleh sang hakim yang maha adil lagi maha bijaksana..pernahkah kita tahu apakah penilaian Allah terhadap kita??jika seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara atau gantung,adakah dia masih mempunyai peluang untuk dipilih sebagai hakim??jika kita mengatakan bahawa binatang merupakan suatu yang bodoh,adakah kita seorang yang sangat cerdik dengan setiap kesalahan yang telah atau pernah kita lakukan???
soalan bukanlah untuk membuatkan kita bingung tapi,dengan pelbagai soalanlah manusia akan mampu untuk menilai dan membaiki kesilapan yang telah dilakukan.setiap persoalan bukanlah untuk membebankan,tapi dengannyalah manusia akan mampu untuk menjadi matang..

seorang pelajar tidak akan mengetahui sejauh manakah tahap kefahamannya terhadap apa yang telah dipelajarinya..tapi ujian membuatkan mereka mampu untuk memahami pembelajaran dengan lebih mendalam..setiap dari kita akan dipersoalkan terhadap setiap perbuatan yang telah kita lakukan di akhirat kelak.jika kita mesih mampu tersenyum di atas penderitaan orang lain, adakah kita rasa kita akan mampu untuk mnjawab soalan yang bakal disoal kelak??

Sesungguhnya,kita hanya mampu untuk berusaha ke arah perkara yang baik, selebihnya kita hanya mampu serahkan kepada Allah yang maha berkuasa terhadap hambaNya..moga kita tidak termasuk dalam golongan yang menzalimi sesame makhluk..moga kita menjadi orang pertama yang dapat meredakan kemarahan orang yang sedang marah dan berkongsi cerita dengan orang yang sedang bergembira..moga setiap amalan baik kita bernilai disisiNYA..amin ya rabb..

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi orang yang tidak menzalimi sahabat seagama kita…

peringatan bersama


.:::Siapakah aku:::.

Selesai mengerjakan solat maghrib berjemaah bersama kawan-kawan di surau ummi khalthum,aku ditaklifkan untuk member tazkirah..ya Allah,berbekalkan sedikit ilmu layakkah aku untuk menasihati mereka??

Firman Allah azza wajalla,الارض"  فيخلائف جعلكم الذي وهو- mafhumnya: manusia dijadikan sebagai khalifah di bumi bumi..lantas,saya terus teringat pada syarahan DR.Hamad pada kuliahnya,yang mana kata beliau,yang dimaksudkan dengan khalifah ialah manusia ditugaskan untuk mengimarahkan bumi..bagaimanakah cara kita mengimarah atau dengan kata lainnya menghidupkan bumi???

Dr meneruskan syarahannya lagi..mengimarahkan bumi ialah dengan kita menjadikan bumi berguna kepada kita dan orang lain..sepeeertimana yang kita tahu bahawa bumi ialah tempat untuk kita mengumpul sebanyak mungkin amalan sebagai bekal untuk menuju dunia yang kekal abadi iaitu di akhirat kelak..saya terpaku sendirian..adakan saya telah menjalankan tugas saya sebagai manusia di muka bumi??Dr. mendatangkan contoh lagi..Imam Syafie rahimahullah,bagaimana beliau menghidupkan bumi..walaupun hinga sekarang kita merasakan seolah-olah beliau masih lagi bersama kita..setiap hadith rasul sallallahu ‘alaihi wasaallam yang kita pertuturkan atau yang kita pelajari,pastinya terkeluar tentangnya..subhanallah..betapa besarnya jasa beliau terhadap manusia..betapa berharganya kenangan yang beliau tinggalkan untuk kita..walaupun beliau sudah puluhan tahun meninggalkan kita,tapi seakan-akan beliau masih bersma kita..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,amin..

lantas,saya cuba untuk memberanikan diri menerima taklifat untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas selesai saja solat maghrib itu..saya memilih satu cerita yang sememangnya terkenal dikalangan semua lapisan masyarakat..sebuah cerita yang boleh member teladan mengenai seorang lelaki bersama anaknya,menggunakan keldai sebagai binatang tunggangan untuk ke pasar..di sepanjang perjalanan,pelbagai ragam manusia ditemui..semua mereka tidak berpuas hati dengan keadaannya bersama anknya..di permulaan perjalanan,mereka dikutuk kerana dikatakan zalim kerana menganiaya keldai.kemudian,si anak dituduh kejam kerana membiarkan bapa berjalan seorang diri.seterusnya,si bapa bula dikatakan zalim kerana membiarkan anak sendirian berjalan sedangkan si bapa seenaknya menunggang keldai.pada pengakhirannya,kedua-dua mereka dikatakan bodoh kerana tidak menunggang keldai tersebut yang sepatutnya dapat membantu memudahkan perjalanan mereka..

begitulah ragam manusia yang pelbagai yang sememangnya wujud di muka bumi Allah ini..dan tidak semua di antara mereka yang bersetuju dengan perbuatan dan tingkah laku kita..oleh kerana itu,kitalah yang seharusnya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang pelbagai seperti kata pepatah, “dicampak ke laut menjadi ikan” yang mana diibaratkan bahawa ia adalah seorang manusia yang boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan..mampukah kita untuk menjadi sedemikian???mengingatkan pepatah tersebut mengingatkan saya pada suatu slot motivasi pagi yang mengatakan bahawa orang yang hebat ialah orang yang boleh mengawal emosi mengikut keadaan..boleh meredakan kepanasan dikala dalam keadaan marah,mampu tersenyum dikala sedih dan pelbagai jenis emosi lagi..semoga kita dipilih termasuk dalam kalangan yang hebat di antara makhluk Allah subhanahu wataa’la…

saya akhiri tazkirah tersebut dengan sepotong firman Allah dari surah ali-imran:29 yang bermaksud,,
“Allah s.w.t mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan sekalipun kamu menzahirkannya,DIA tetap mengetahui”..sepotong ayat yang begitu memberi kesan kepada jiwa..adakah kita berjaya mengawal hati serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada NYA..sahabat-sahabat sekalian,ingatlah kita hanya mampu berusaha,selebihnya adalah milik Allah s.w.t..oleh itu,sebolehnya kita mestilah berusaha untuk mengawal setiap tingkah laku dan yang paling utama ialah hati kita kerana melalui mafhum dari hadis nabi: “dalam badan manusia terdapat seketul daging,yang mana jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh jasad iaitulah hati”..sesungguhnya hati itu ialah suatu anugerah dari Allah s.w.t..adakah kita sanggup membiarkan hadiah yang diberikan kepada kita terbiar tanpa jagaan yang baik???sama-sama kita renungkan…
                                                                                                                                                            
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah jagaan dan berkat dariNYA,amin ya rabb..
“ya Allah,tetapkan aku di atas jalanMu..peliharalah hatiku dari segala dosa dan noda..jadikanlah aku dikalangan hambaMU yang sentiasa mengabdikan diri dan menyerahkan seluruh kepatuhan hanya padaMU ya RABB”

Suatu mutiara kata sebagai pengakhiran
“jangan jadikan diri kita seperti tisu-tisu yang hanya digunakan untuk menyapu kekotoran,sebaliknya jadilah seperti kain yang boleh menyapu kotoran tetapi masih boleh digunakan setelah dicuci kotorannya”   






.::kematian::.



.::Kematian::.

Kematian merupakan suatu yang pasti..stiap yang bernyawa pasti akan kembali begitu pun juga bagi yang tidak bernyawa.ia juga mempunyai tempoh..bila sampai masanya ia akan rosak dan tidak berguna..berbeza dengan kita sebagai khalifah di bumi Allah..dunia hanyalah persinggahan,dan detik kematian merupakan permulaan bagi segalanya..

Kematian merupakan suatu yang amat susah untuk diterima..sesiapa yang pergi meninggalkan kita pasti akan ditangisi..adakah kita tidak redha dengan ketentuanNya???ataukah kita seakan menyesal akan apa yang telah ditetapkan kepada kita???

Ya Allah..persoalan itu begitu berat untuk dihitung..aku redha ya Allah..namun begitu,mengapakah hati ini sentiasa sedih memikirkan apa yang terbaik yang telah engkau tetapkan…Engkau maha mengetahui setiap sesuatu..ya Allah,bukankah Engkau telah mengurniakan kepada kami sekeping hati yang mana Engkau campakkan pelbagai perasaan padanya..sesungguhnya,kami telah cuba sedaya upaya untuk meredhai setiap apa yang telah ditetapkanMu ya Allah,namun hati ini masih berbaki perasaan yang begitu sukar untuk dilafazkan..

Insan yang selama ini banyak memberi semangat pergi dulu meninggalkan diri ini..adakah dia tenang di sana???ya Allah,tempatkanlah dia di tempat yang baik bersama orang-orang yang Engkau janjikan kebaikan kepada mereka..sesungguhnya,dia cuba untuk mendidik kami sebaik mungkin..dia cuba untuk melaksanakan tanggunjawabnya sebaik mungkin..andai ada sebarang kekurangannya semasa bersama kami,kami halalkan ya Allah..andai ada tanggunjawab yang tidak terlaksana,kami maafkan dengan harapan agar Engkau menempatkannya di tempat yang terbaik..

Ya Allah..masih adakah harapan untuk kami kembali bersatu..masih adakah harapan untuk kami bersma-sama mengecapi kebahagiaan bersama..ya Allah..masa kami bersamanya rasanya terlalu singkat..dia pergi sebbelum sempat dia merasa dan melihat kejayaan kami..dia pergi sebelum kami kembali membalas jasanya..dia pergi sebelum kami membuktikan kepadanya bahawa kami juga saying kepadanya..kami juga bahagia bersamanya..perginya tanpa kami tahu,adakah kami bersalah kepadanya..kami sangat merinduinya ya Allah..

Ya Allah..datangkanlah dia dalam mimpi kami..satukanlah kami kembali di dunia yang kekal abadi..satukalah kami sebagai sebuah keluarga yang Engkau redhai..sesungguhnya,segala pengakhiran hanyalah di bawah pengetahuanMu..kami mohon agar kami juga termasuk dalam golongan yang terselamat ya Allah…kami mohon,kami akan kekal bahagia di dunia yang kekal abadi..

  Ya Allah..kutitipkan doaku hanya padaMU..sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha mendengar..tiada suatu yang dapat mengalahi kuasaMU..kepada sisa hidup yang masih berbaki,aku mohon Engkau peliharalah kami dari segala bahaya,kejahatan dan segala apa yang dibenciMU..moga kami termasuk dalam golongan yang terpilih..moga insan tersayang yang masih bersama,semoga kami dapat berbakti kepadanya dalam seluruh hidup kami..moga kami mampu membahagiakannya..moga kami kuat bersmanya dalam mengharungi liku-liku kehidupan..

Ya Allah..teguhkanlah hati kami..kuatkanlah hati kami dalam menghadapi kerenah manusia yang sememangnya mereka juga adalah ciptaanMu..maka,tidak layak bagi kami untuk mengatakan sebarang kekurangan pada setiap ciptaanMu..

Bantulah kami ya Allah..tetapkanlah hati kami..thabitkanlah hati kami di atas jalanMu..peliharalah hati ini dari sebarang hasad,amarah,benci,dendam & sebarang perasaan yang tidak sepatutnya..moga kami semua beroleh jannahMu & bersama denagnnya kembali sebagai sebuah keluarga kembali…

Allah is everything,followed by family..hapofully we can together in jannah…amin….

.::HATI...sesuatu yang sukar untuk difahami::.

ya Allah..aku dahagakan bantuanMU..sesungguhnya aku hanyalah insan biasa..begitu sukar untuk memahami hati manusia..sedangkan hati sendiri belum pasti untuk ku memahami apatah lagi hati manusia..sesungguhnya kau mengujiku dengan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah hikmahnya..aku mohon supaya aku diberi kekuatan..sesungguhnya hatiku adalah milikMU ya Allah..aku tidak mampu menahan kesakitan ini andai ia bukan lah suatu hadiah dariMU..kekuatanku adalah disebalik pertolongan yang engkau berikan...aku menginginkan kebahagiaan.tetapi kadangkala aku merasakan bahawa kebahagiaan begitu jauh dariku..aku dahagakan kasih sayang,tapi adakah ia akan menjadi milikku..aku serahkan segalanya kepadaMU ya Allah..ak hanya insan yang lemah yang hanya mampu untuk mengadu kepadaMU..

ya Allah..begitu kesakitan yang aku tanggung kadang kala membuatkan aku lemah..tapi bila memikirkan rahmat yang telah engkau kurniakan,aku rebah..tersungkur disebalik kelemahan diri sendiri..aku yakin aku tidak sendirian menempuh segala ini..aku yakin engkau berada di sebalik apa yang engkau tetapkan ini..

ya Allah...sesungguhnya,aku sangat lemah..sekecil perkara yang tidak sepatutnya ditangisi membuatkan aku menangis tanpa memikirkan bahawa hati ini adalah milikMU..aku lupa bahawa engkaulah pemilim sebenar hati ini..aku cuai dalam memimpin hati ini kepadaMU..aku rebah tersungkur dalam keseronokan diri melapah nafsu yang semakin memakan diri..

Ya Allah..betapa kasihMU tidak pernah hilang..ENGKAU menjagaku disaat aku hanyut dengan duniaku..kau memberi aku peluang disaat aku kesedihan..aku hanya punya ENGKAU ya ALLAH..aku serahkan segalanya kepada engkau..sesungguhnya hati manusia sememangnya sukar untuk difahami..dan sesungguhnya hanya ENGKAU lah yang maha memahami..aku serahkan segalanya kepadaMU..andai inilah ketetapan yang ENGKAU tetapkan kepada ku,aku terima..kerana disebalik apa yang telah engkau tetapkan terselit seribu hikmah yang aku langsung tidak tahu..

kasih sayang,cinta,kesedihan,rindu,kegembiraan dan segala perasaan yang ENGKAU kurniakan adalah satu hadiah yang sentiasa dilupakan dan dilalalaikan oleh manusia..aku mohon supaya aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ENGKAU kurniakan..aku tidak mampu untuk menjadi gembira,tetapi aku akan gembira andainya kasih sayangMU menjadi milikku..jauhkanlah aku dari segala perasaan yang tidak sepatutnya..sesungguhnya hatiku adalah milikMU ya ALLAH..aku mohon,aku sentiasa berada dibawah pimpinanMU untuk memandu hati ini ke jalan yang benar..

aku mengharapkan cinta dan kasih sayang manusia..tapi aku sentiasa gagal..aku mengharapkan penghormatan daripada manusia tapi,aku sering kecundang..aku dahagakan seorang sahabat yang sejati & boleh memahami dan membahagiakanku namun,aku gagal memiliki..aku sentiasa jatuh dalam pengharapanku terhadap manusia..aku jatuh tersungkur disebalik kegagalanku dalam meminta dan menagih dari manusia..aku hanyut,,aku gagal ya ALLAH..aku hanya inginkan ENGKAU membantuku supaya terus kekal dalam jagaanMU..aku pohon ENGKAU letakkan aku dalam golongan yang tidak kecewa disebalik apa yang telah engkau tetapkan...


YA ALLAH..SESUNGGUHNYA SETIAP PERANCANGANMU ADALAH YANG TERBAIK..AKU MUNGKIN GAGAL UNTUK MEMAHAMI.TAPI AKU AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMAHAMI YA ALLAH..AKU POHON AKU DIBERI KASIH SAYANGMU..BETAPA AKU TERSEKSA DISEBALIK APA YANG BERLAKU..TAPI KETETAPANMU ADALAH YANG TERBAIK YA ALLAH..AKU MOHON AKU DIBERI KEKUATAN DISEBALIK SETIAP KETETAPAN..